Baju Koyak Ayah


Hujan mula sidang setelah hujan lebat turun pada malam itu.Kelihatan Pak Samad sedang menjahit baju yang koyak ditangga rumah itu.Bajunya seperti sudah lama terkoyak tetapi Encik Hairi gigih menjahit bajunya Encik Hairi mempunyai 2 orang anak,kesemua anak-anaknya masih bersekolah.Anak sulungnya Muhamad berada ditingkatan 5 dan anak keduanya Rahmad ditahun 5.Isterinya Puan Jamaliah sudah banyak kali menasihati suaminya supaya membeli sahaja baju yang baru.Sudah banyak kali suaminya itu menjahit bajunya itu tapi jahitannya itu tidak tahan lama dan terkoyak semula baju itu.Pak Samad berkata bajunya itu masih boleh lagi dipakai dan membazir sahaja membeli baju yang baru.Setelah selesai menjahit baju itu dia keluar pergi kewarung.Setiap pagi isterinya menyediakan sarapan pagi tetapi hujan turun sangat lebat menyebabkan dia tidak dapat membelikan barang dapur untuk isterinya.Dia bercadang untuk turun ke laut tapi memandang cuaca belum kembali cerah sepenuhnya dia tidak jadi turun kelaut.Pak Samad menuju ke warung.Warung itu tempat biasa dia berjumpa dengan kawan-kawannya.Mereka berkumpul menceritakan tentang pekerjaan mereka sebagai nelayan.

“Tak jadilah kita turun ke laut hari ni?”kata Pak Kassim
“Tak lah nampak gayanya,tengok cuaca pun tak okay lagi”kata Pak Samad
“Aku tengok baju kau ni koyak balik.Beli je lah yang baru”tanya Pak Kassim
“Membazir saja beli yang baru lagipun anak-anak aku tu semuanya bersekolah lagi dan perlukan duit.Nak beli baju baru nanti-nati boleh beli”ujar Pak Samad
“Ye aku tahu.Keperluan anak-anak mesti diutamakan tetapi keperluan kita pun kena jaga juga”Nasihat Pak Kassim kepada kawannya itu.

Sudah lama Pak Kassim mengenali Pak Samad.Pak Samad jugalah kawan yang boleh diharapkan.Ketika dia berada dalam kesusahan atau memerlukan bantuan Pak Samad lah orang pertama yang menawarkan diri membantunya.Walaupun Pak Samad hidup dalam serba kekurangan tetapi dia amat mementingkan kepentingan anak-anaknya itu.Bukannya dia mahu manjakan anak-anaknya itu tetapi dia tidak mahu anak-anaknya berasa sedih dengan kehidupan mereka.Semua keinginan anak-anaknya dia penuhi sampaikan mengabaikan keperluan dirinya sendiri.
 
Cuaca semakin cerah pada waktu petang.Pak Samad bercadang untuk turun ke laut.Perlahan-lahan dia menolak botnya untuk pergi menjala ikan.Makcik Jamaliah yang berada ditepi laut itu memerhati suaminya pergi menjala ikan.Anak-anaknya riang gembira bermain ditepi laut itu.Memang kebiasaan mereka mengantar Pak Samad untuk turun ke laut.Setelah Pak samad jauh berada ditengah laut,Makcik Jamaliah dan anak-anaknya pulang kerumah.Malam ini Pak Samad tidak pulang kerumah.Hanya tinggal Makcik Jamaliah dan anak-anaknya sahaja dirumah itu.Makcik Jamaliah sedang melipat baju diruang tamu rumah manakala anak-anaknya sedang menonton televisyen.Dia membelek baju suaminya yang koyak itu.

“Muhamad tolong ambilkan mak bekas jarum?”pinta Makcik Jamaliah
“Baik mak”kata Muhamad terus bangun dan mengambil bekas jarum lalu serahkan kepada ibunya itu

Muhamad melihat baju ayahnya yang koyak.Dalam hatinya dia sebak melihat baju itu.Walaupun sudah koyak tetapi ayahnya masih lagi memakai baju itu untuk ke luar bekerja.

“Tak apa mak satu hari nanti Muhamad akan belikan baju baru untuk mak dengan ayah”kata Muhamad.

Makcik Jamaliah memandang Muhamad sambil tersenyum.Dia mengucup dahi anaknya itu.Muhamad sebagai anak sulung amat memahani penderitaan keluarganya itu.Sebab itu dia tidak tinggal diasrama dan lebih selesa berulang-alik kerumah.Kadang-kadang Muhamad juga keluar bekerja untuk mencari duit lebih untuk keluarga.Pak Samad dan Makcik Jamaliah cuba menghalangi Muhamad untuk bekerja memandangkan dia masih bersekolah dan bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Muhamad juga rajin menolong isteri Pak Kassim dikedai.Dalam sehari dapatlah Muhamad dalam 10 hingga 15 ringgit sehari.Duit yang dia dapat itu terus diserahkan kepada ibunya.
 
Pada pukul 7 pagi Pak Samad pulang kerumahnya.Makcik Jamaliah sudah menunggu dipintu rumah.Memang waktu-waktu begini Pak Samad akan pulang dari laut.Makcik Jamaliah menyalami tangan Pak Samad.Makcik Jamaliah tiada seekor ikan pun dibawa pulangnya.Dia tidak bertanya kepada Pak Samad kerana dia tahu sekarang susah untuk pra nelayan menjala ikan-ikan dilaut.

Tetapi Makcik Jamaliah cuba bertanya kepada Pak Samad tiada ikan ke dibawa pulangnya untuk mereka sekeluarga makan.Kerana sudah beberapa hari mereka tidak makan ikan.Mereka sekeluarga hanya makan telur goreng dan kicap sahaja.

“Tak dapat ikan ke hari ni?tanya Makcik Jamaliah
“Tak ada,mungkin bukan rezeki kita agaknya”ujar Pak Samad terus menyandarkan badannya ke kerusi kayu itu
“Tak apa lah kalau macam tu nak buat macam mana”kata Makcik Jamaliah terus berlalu menuju kedapur
“Mana baju saya tu?”tanya Pak Samad
“Baju yang koyak itu ke?”tanya Makcik Jamaliah.Dia menganggak mesti suaminya itu akan mencari baju koyaknya itu
“Ye baju itu mana awak letak?”tanya Pak Samad menginginkan bajunya itu
“Saya sudah jahit ada didalam almari”kata Makcik Jamaliah

Pak Samad bangun lalu masuk kedalam bilik.Dia membuka almari kayu itu dan mengambil baju itu.Baju itu dia tenung dengan penuh kasih sayang.Baju itulah dia gunakan untuk pergi kemana sahaja.Dan baju itu jugalah mengantar anak-anaknya kesekolah dan mengambil keputusan peperiksaan mereka.Muhamad yang baru bangun tidur itu lalu dihadapan biliknya dan ternampak ayahnya sudah pulang.Dia masuk kebilik itu untuk berjumpa dengan ayahnya.

“Ayah bila ayah balik?”tanya Muhamad
“Baru je.Awalnya kamu bangun tak sekolah kan hari ni?tanya Pak Samad melihat anaknya yang bangun awal memandangkan hari ini hari sabtu
“Muhamad ada kerja nak buat”kata Muhamad
“Kerja apa lagi?Kan ayah cakap jangan kerja tumpukan pada peperiksaan SPM kamu itu.”kata Pak Samad
 “Muhamad pergi ke kedai Pak Kassim ada barang runcit baru sampai”kata Muhamad
“Okay lah kalau macam tu.Lepas tu balik rumah terus dan buat ulangkaji”Nasihat Pak Samad
“Okay ayah jangan risau.Sampai bila ayah nak simpan baju ayah itu?Sudah koyak teruk sangat tu”ujar Muhamad
“Ayah boleh pakai lagi baju ini.Kenapa kamu malu ke ayah pakai baju koyak ini?”tanya Pak Samad
“Muhamad tak malu pun tapi Muhamad kesian tengok ayah pakai baju koyak itu”kata Muhamad
“Ayah tak kisah pun janji anak-anak ayah dapat kebahagiaan yang secukupnya”kata Pak Samad sambil tersenyum memandang kearah anak sulungnya itu
“Satu hari nanti bila Muhamad dah berjaya Muhamad belikan baju baru untuk ayah okay”kata Muhamad

Pak Samad senyum mendengar kata-kata anaknya itu.Dia yakin satu hari Muhamad akan berjaya seperti anak orang lain.

 Pagi itu Muhamad keluar pergi ke kedai Pak Kassim.Pak Samad sedang duduk ditangga rumahnya itu.Makcik Jamaliah sedang menuju kearahnya sambil membawa minuman kepada suaminya itu.Pak Samad kembali memandang langit itu.Burung-burung beterbangan dengan riangnya.Dalam fikirannya dia terfikir indahnya hidup burung-burung itu terbang kemana sahaja mereka suka dan pulang pada waktunya.Dirinya tidak seperti itu.Dia akan pergi ke satu tempat sahaja iaitu laut untuk pergi menjala ikan.

“Apa yang abang fikirkan?”kata Makcik Jamaliah
“Tak ada apa”kata Pak Samad.Dia menghirup air minuman yang disediakan oleh isterinya itu
“Sampai bila abang nak kerja dilaut itu?”tanya Makcik Jamaliah
“Apa maksud awak?”tanya Pak Samad
“Apakata abang cari kerja lain.Dekat pekan banyak kerja-kerja kosong”Nasihat Makcik Jamaliah
“Saya dah biasa kerja dekat laut.Kenapa nak tukar pula?”tanya Pak Samad
“Bukan apa saya kesian tengok abang pergi malam balik subuh tapi seekor ikan pun tak dapat”ujar Makcik Jamaliah
“Liah mungkin bukan rezeki kita untuk dapat ikan.Tak semestinya setiap kali saya pergi menjala akan dapat ikan yang banyak.Awak jangan risau,saya yang pergi kelaut bukannya awak.Awak duduk rumah jaga anak-anak”kata Pak Samad

Makcik jamaliah terdiam seketika.Dia memandang wajah suaminya itu.Suaminya seorang yang tidak pernah risau akan dirinya sendiri yang dia tahu menjala ikan kalau tak dapat ikan pergi lagi menjala ikan  sehingga dapat beberapa ekor ikan.Sudah berbuih mulut Makcik Jamaliah membebel kepada suaminya itu supaya mencari kerja lain.Lagi banyak dia membebel lagi banyak alasan yang diberi oleh Pak Samad.
 
Dikedai Muhamad sedang leka membuat kerja.Dia menyusun barang-barang yang baru diterimanya.Dia juga tidak pernah berasa penat melakukan kerja-kerja itu.Walaupun dia bakal menghadapi peperiksaan SPM tapi pelajarannya dia tidak abaikan begitu sahaja.Selepas sekolah dia pergi kekedai.Pukul 7 malam baru dia pulang kerumah.Pada malam pula dia mengulang kaji pelajaran bersama adiknya Rahmad.Begitulah aktiviti hidupnya setiap hari.Habis kerja isteri Pak Kassim memberinya duit gaji sebanyak rm25.Muhamad meminta izin untuk pulang kerumah.Sampai sahaja dirumah dia menyerahkan wang gajinya kepada ibunya.Tetapi Makcik Jamaliah menolak dan menyuruh Muhamad menyimpan sahaja duit itu.Muhamad menyimpan duit itu didalam tabungnya.Dia terus membaringkan badannya diatas tikar.Adiknya Rahmad sedang lena diulik mimpi.Muhamad melelapkan matanya tidur.

Muhamad terjaga dari tidur kerana rasa mahu ke tandas.Dia keluar dari biliknya dan pergi ketandas.Ketika mahu balik semula kebiliknya dia ternampak ayahnya sedang tidur diruang tamu.Dia mengambil selimut dan menyelubungi tubuh badan ayahnya.Muhamad tersenyum memandang ayah.Walaupun ayahnya penat bekerja tetapi senyuman ayahnya tidak pernah menunjukkan keletihan dihadapan dia dan adiknya.Ayahnya sentiasa tersenyum setiap masa walaupun dia baru pulang dari laut.Setelah itu dia kembali semula kebilik tidurnya kerana esok hari untuknya bersekolah.
 
Waktu pagi itu Pak Samad mengantar Muhamad ke sekolah.Manakala Rahmad Makcik Jamaliah yang mengantarnya kesekolah.Muhamad bersekolah dipekan dan agak jauh dari rumah mereka.

Petang itu.
“Nanti balik ayah ambik”kata Pak Samad kepada Muhamad
“Baik ayah”kata Muhamad

Muhamad bersalam dengan Pak Samad dan terus masuk kedalam kelas.Pak Samad memandang anaknya masuk kedalam kelas.Dia berharap suatu hari nanti Muhamad akan memberikan kejayaan yang cemerlang untuknya sekeluarga.

Selepas Pak Samad mengantar Muhamad ke sekolah,Pak Samad pergi ke pekan untuk membeli barang.Dia mencari barang untuk menjahit jalanya yang koyak.Setelah menjumpai barangnya dia terhenti disatu kedai menjual baju.Dia memandang baju-baju didalam kedai itu.Dia ingin masuk kedalam kedai baju itu tetapi dia memikirkan anak-anaknya juga memerlukan sesuatu yang lebih penting dari yang dia inginkan.Pak Samad membuat keputusan untuk pulang kerumah.
Sampai sahaja dirumah dia menjahit jala-jalanya itu.Pak Samad memang agak pakar menjahit jala.Kalau ada penduduk kampung yang jala mereka terkoyak mesti mereka meminta pertolongan Pak Samad.

“Abang jangan lupa ambil Muhamad disekolah”kata Makcik Jamaliah dari dapur.
“Ya”ujar Pak Samad.

Dia pergi mengambil Muhamad disekolah.Ketika mereka mahu pulang hujan turun dengan lebatnya tiba-tiba tayar motor mereka pancit.Pak Samad membelek tayar motosikal itu.Tayar motosikalnya telah kempis.Hujan semakin turun dengan lebatnya.Pak Samad mengelurkan baju yang dia bawa dan menyerahkan kepada anak-anaknya itu.

“Ambil baju ini tutup beg sekolah kamu itu”kata Pak Samad
“Ayah?”tanya Muhamad melihat ayahnya sudah basah kuyup itu
“Ayah tak apa.Ayah tak ambil periksa kamu tu nanti demam macam-mana nak periksa”kata Pak Samad

Muhamad mengambil baju itu dan menutup kepala dan beg sekolahnya.Dalam hujan mereka pulang kerumah.Sesampai sahaja dirumah mereka sudah basah kuyup.Muhamad terus ke bilik air.Pak Samad pula melihat tayar motornya yang pancit.

“Tayar pancit?”tanya Makcik Jamaliah
“Ya tadi”kata Pak Samad
“Naiklah dulu mandi nanti demam pula”ujar Makcik Jamaliah
“Nanti-nantilah saya buat.Tengok-tengokkan Muhamad tu basah ke tak buku-buku sekolah dia?”kata Pak Samad
“Baik lah abang nanti jangan lupa mandi”kata Makcik Jamaliah

Makcik Jamaliah terus berlalu dari situ untuk melihat anaknya Muhamad.Muhamad yang baru selesai mandi sedang mengeluarkan buku-buku sekolah dari begnya.Dia bersyukur kerana tak ada satu buku pun yang basah.Ini mungkin kerana ayahnya memberikan bajunya kepada Muhamad.Muhamad memegang baju ayahnya itu.Baju itu merupakan baju koyak Pak Samad yang selalu ayahnya guna.

“Sini baju ayah kamu tu mak basuhkan”kata Makcik Jamaliah
“Walaupun baju ayah ni sudah koyak tapi kalau ayah pakai mesti nampak okay kan”kata Muhamad

Makcik Jamaliah tersenyum memandang Muhamad.Dia terus mengambil baju itu dari tangan Muhamad dan pergi membasuhnya.Pak Samad masih lagi dibawah rumah menukar tayar motornya itu.Muhamad turun untuk menolong ayahnya.

“Basah ke tak buku kamu tu?”tanya Pak Samad
“Tak basah ayah,sebab baju ayah selamatkan buku-buku Muhamad”kata Muhamad sambil tersenyum
“Esokkan periksa SPM?”tanya Pak Samad
“Aah ayah mula esok”kata Muhamad
“Okay jawab elok-elok”Nasihat Pak Samad
“InShaAllah ayah”kata Muhamad
 
Disekolah semua pelajar sedang mengulang-kaji pelajaran sebelum peperiksaan bermula pada pagi itu.Muhamad dan beberapa orang kawannya sedang belajar bersama-sama.Selepas 15 minit pelajar-pelajar tingkatan 5 diminta untuk bersiap sedia sebelum masuk kedalam dewan.Muhamad membuat persiapan terakhir sebelum masuk kedalam dewan.Beberapa orang pelajar sedang menuju kearah Muhamad dan duduk disebelahnya.

“Eh Mad aku tengok ayah kau tu hari-hari pakai baju koyak?”Sindir seorang kawannya
“Itu urusan keluarga aku,tak ada kena mengena dengan korang”kata Muhamad lagi
“Memanglah tak ada kena mengena dengan kitaorang tapikan kalau aku jadi kau mesti aku malu ada ayah yang selalu pakai baju koyak”Ketawa mereka
“Aku tak malu,sejujurnya aku bangga ada ayah macam ayah aku.Walaupun aku hidup susah tetapi ayah dan mak aku selalu memenuhi keinginan aku dan adik aku.Aku tahu keluarga aku tak macam keluarga korang tapi korang tak ada hak nak kutuk ayah aku.Biar miskin harta tapi jangan miskin budi bahasa.”kata Muhamad terus berlalu dari situ.Kawan-kawannya hanya mendiamkan diri.
 
Selepas hampir 3 minggu SPM pun tamat.Muhamad berasa lega dan bersyukur kerana dia dapat mendapat peperiksaan dengan baik.Dia berharap supaya dia mendapat keputusan yang baik dan untuk masa depan dirinya dan keluarga.Tamat sahaja SPM Muhamad bekerja dikedai runcit Pak Kassim itu.Dia ingin mengikut ayahnya pergi menjala ikan tetapi ayahnya tidak membenarkan ikut.Dan Muhamad hanya bekerja dikedai runcit itu sahaja.Pak Samad seperti biasa akan turun ke laut jika cuaca baik.

Ketika Muhamad mahu pulang kerumah setelah habis kerja dikedai,dia lalu dihadapan pondok buruk.Pondok buruk itu dipenuhi dengan anak-anak muda yang suka melepak disitu.Mereka selalu mengacau sesiapa sahaja yang melewati dihadapan pondok itu.

“Woi budak mari sini”kata seorang lelaki muda itu.
“Ya abang”kata Muhamad
“Dari mana?”tanya lelaki itu
“Dari kedai”kata Muhamad
“Oh ada duit tak pinjamkan dekat abang nanti abang bayar balik”Minta lelaki itu
“Maafkan saya abang,saya tak ada duit”kata Muhamad.Dia berjalan laju pergi dari situ.Tetapi tangannya ditarik oleh lelaki itu
“Alah kau ni bak lah duit,kedekut sangat”kata lelaki itu.Lelaki itu terus menyeluk poket seluar Muhamad
“Abang janganlah ambil duit saya abang”Rayu Muhamad.Tangannya ingin mencapai duit yang berada ditangan lelaki itu.
“Bisinglah kau ni”Lelaki itu terus menumbuk perut Muhamad dan dia jatuh tersungkur.Lelaki itu menyepak perut Muhamad berkali-kali.Pak Samad dan Pak Kassim yang melalui jalan itu terus memberhentikan kereta mereka dan meluru kearah Muhamad.

“Muhamad”Jerit Pak Samad memanggil nama anaknya itu.
“Ya Allah budak-budak ni”kata Pak Kassim

Lelaki-lelaki yang berada disitu terus melarikan diri apabila ternampak Pak Samad dan Pak Kassim berada disitu.Pak Samad berlari mendapatkan anaknya yang berada dalam kesakitan itu.

“Muhamad ayah ni”kata Pak Samad
“Ayah Muhamad okay”kata Muhamad.
“Ayah bawa kamu pergi hospital ya?”kata Pak Samad
“Tak apa ayah Muhamad okay jangan risau”kata Muhamad

Dia cuba untuk bangun dan memegang perutnya itu.Perutnya berasa sakit akibat disepak oleh lelaki tadi.Pak Kassim dan Pak Samad membawa Muhamad pulang.Sampai sahaja dirumah Makcik Jamaliah yang sedang menyapu dihadapan rumah itu berasa sangat terkejut melihat Pak Kassim dan Pak Samad memimpin Muhamad.

“Kenapa ni Muhamad?Abang kenapa dengan anak kita?”kata Makcik Jamaliah dengan penuh kerisauan.

Pak Kassim menceritakan apa yang berlaku kepada Muhamad.Makcik Jamaliah berasa sangat sedih tentang apa yang berlaku kepada anaknya itu.

“Bawa Muhamad naik keatas”Pinta Pak Samad

Makcik Jamaliah memimpin Muhamad naik keatas dan dibantu oleh adiknya Rahmad.Pak Samad memandang Muhamad dengan penuh kesedihan.Dia memikirkan nasib anaknya itu.

“Ini mungkin salah aku.Dia kerja sebab nak cari duit lebih tapi dia kena pukul dengan budak-budak nakal tu”kata Pak Samad
“Bukan salah kau Samad.Mesti ada hikmah benda ni berlaku”Nasihat Pak Kassim.
 
Malam itu Pak Samad tidur bersebelahan dengan anak-anaknya.Pak Samad memandang wajah anak sulungnya itu.Dia mengusap-gusap rambut Muhamad.Makcik Jamaliah yang lalu dsitu hanya tersenyum memandang mereka.Tiba-tiba Muhamad terjaga dari tidurnya.

“Ayah tak tidur lagi?”tanya Muhamad
“Muhamad okay?”tanya Pak Samad
“Muhamad okay jangan risau.Muhamad kan kuat macam ayah”kata Muhamad
“Lepas ni Muhamad tak usah kerja lagi”Pinta Pak Samad
“Tak apa ayah.Sementara tunggu keputusan SPM baik Muhamad kerja cari duit sikit”kata Muhamad
“Kalau itu yang kamu nak tak apalah.Tapi janji dengan ayah lepas dapat keputusan SPM terus sambung belajar.Biar ayah cari duit.Ayah susah tak apa asalkan ayah nak anak-anak ayah berjaya dan menjadi orang berguna suatu hari nanti”kata Pak Samad
“InShaAllah ayah”kata Muhamad
 
Hari berganti hari dan minggu berganti minggu tibalah hari yang dinantikan oleh Muhamad.Pagi itu Muhamad bersiap awal untuk pergi kesekolah mengambil keputusan peperiksaan.

“Ayah hari ini ayah dengan mak teman Muhamad untuk ambil keputusan SPM okay”
 “Kamu pergilah dengan mak.Ayah tunggu dirumah sahaja”kata Pak Samad
“Jom lah ayah”Minta Muhamad
“Ayah tak ada baju nak pakai”kata Pak Samad
“Ayah pakai je baju yang ayah ada”kata Muhamad
“Ayah tak ada baju yang cantik-cantik”kata Pak Samad lagi
“Tak apa ayah.Muhamad tak kisah pun.Ayah pakai baju koyak ayah pun tak apa”kata Muhamad
“Nanti apa pula kawan-kawan kamu kata dekat kamu bila nampak ayah pakai baju koyak dan buruk?”kata Pak Samad
“Ayah,Muhamad tak kisah orang luar nak cakap apa.Yang penting sekarang ni Muhamad nak ayah,mak dengan adik ada waktu Muhamad ambil keputusan hari ini.Dan Muhamad bangga ada ayah macam ayah.Jomlah ayah”kata Muhamad
“Okay ayah ikut”kata Pak Samad
“Yeay”Muhamad gembira mendengar jawapan ayahnya.

Disekolah kelihatan begitu ramai ibu-bapa dan anak-anak mereka.Ibu bapa pelajar diminta untuk masuk kedalam dewan.Selepas mendengar kata-kata aluan daripada pengetua,tibalah masa yang dinanti-nantikan.Pengetua akan membuat pengumuman kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

“Pelajar pertama yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM ialah Muhamad Bin Samad”kata pengetua disekolah itu.

Kedengaran bunyi tepukan gemuruh bergema didalam dewan itu.Pak Samad dan Makcik Jamaliah menitis air mata apabila pengumuman dibuat.Muhamad menarik tangan Pak Samad dan Makcik Jamaliah untuk bersama-samanya naik keatas pentas.Pada awalnya mereka berdua tidak mahu tetapi pengetua pun meminta ibu bapa Muhamad untuk naik keatas pentas.Pak Samad dan Makcik Jamaliah berasa sangat gembira dengan pencapaian anak mereka.

“Muhamad ada nak cakap sesuatu kepada mak dengan ayah?”tanya pengetua itu.

Muhamad memandang mereka dengan penuh kasih sayang.Dia memegang erat tangan Pak Samad dan Makcik Jamaliah.

“Ayah mak terima kasih sebab besarkan Muhamad selama ini.Muhamad tak pernah menyesal pun dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.Kemiskinan bukan penghalang Muhamad untuk berjaya.Baju koyak ayah adalah bukti pengorbanan ayah kepada Muhamad dan adik selama ini.Walaupun kita hidup susah tapi Muhamad kaya dengan kasih sayang daripada seorang ibu dan seorang ayah”kata Muhamad.

Pak Samad dan Makcik Jamaliah memeluk Muhamad dengan eratnya.Sekali lagi tepukan gemuruh bergema didalam dewan itu.
Air mata kegembiraan mengalir dipipi Pak Samad dan Makcik Jamaliah.


                                                   TAMAT





Comments